My Credential

Corporate Investment Advisor for MAPAN (Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional)
Corporate Investment Advisor for Globe Departmental Store
Formerly a Remisier with HLG Securities

SmartSERIES : Masa Untuk Belajar

Adakah anda pelabur yang bijak? Adakah anda lain daripada yang lain dan merupakan sebahagian daripada kumpulan pelabur yang istimewa kerana mempunyai pengetahuan yang cukup, tahu hak sebagai pelabur, terlindung daripada skim penipuan dan berusaha untuk mencapai matlamat kewangan? Seseorang pelabur menjadi pelabur yang bijak apabila dia memperoleh pengetahuan mencukupi mengenai pelaburan. Mengapa anda perlu menghabiskan masa untuk belajar mengenai pelaburan? Di sini disenaraikan beberapa sebab (tetapi sebagai pelabur bijak, anda tentunya boleh menambah lebih banyak lagi):

1. Anda boleh menentukan pelaburan yang betul dan konsisten dengan matlamat kewangan dan toleransi anda terhadap risiko.

2. Anda boleh bertanya soalan yang betul kepada mereka yang arif, atau mendapatkan maklumat yang betul daripada sumber yang betul dan boleh dipercayai. Kemudian, anda akan lebih memahami dan dapat menggunakan jawapan atau maklumat tersebut untuk membuat keputusan pelaburan.

3. Anda boleh memantau pelaburan secara lebih cekap dan berkesan.

4. Anda boleh memaksimumkan pulangan pelaburan anda dengan menggunakan peluang yang ditawarkan oleh sesuatu pelaburan. Anda juga boleh mengubah strategi pelaburan anda jika ia sudah tidak lagi memenuhi objektif pelaburan anda.

5. Anda boleh melindungi diri dan juga keluarga anda daripada skim penipuan.

6. Anda tahu mengenai risiko pelaburan dan kesannya, dan berupaya untuk menguruskannya.

7. Anda tahu mengenai hak anda sebagai pelabur dan berupaya melaksanakannya jika perlu.

8. Anda boleh mendidik keluarga anda untuk menjadi pelabur bijak.



Bagaimana anda hendak menjadi pelabur yang berpengetahuan?

Kini anda menyedari tentang pentingnya pengetahuan dalam pelaburan. Di sarankan di sini beberapa cara untuk membantu anda melengkapkan diri sebagai pelabur berpengetahuan.

• Baca laporan kewangan, artikel mengenai kewangan peribadi dan buku-buku atau majalah mengenai pelaburan.
• Dapatkan bantuan daripada golongan profesional berlesen seperti penasihat pelaburan atau perancang kewangan.
• Hadiri seminar pendidikan mengenai perkara seperti pelaburan atau perancang kewangan.
• Layari laman web pendidikan pelabur yang boleh dipercayai untuk mendapatkan lebih pengetahuan. Misalannya laman web Pelabur Malaysia http://www.min.com/. Tetapi berhati-hatilah dengan penipuan yang menggunakan Internet.
• Bentuk kumpulan perbincangan untuk bertukar-tukar maklumat dan berkongsi pengalaman melabur. Ingatlah bahawa, “Kerja berkumpulan – kerja lebih ringan, kejayaan lebih berganda”. Tetapi jangan berkongsi ramalan, menyebarkan khabar angin atau maklumat tidak sah di kalangan ahli kumpulan perbincangan itu!
• Hubungi Pusat Perkembangan Industri Sekuriti (SIDC) – Jabatan Pendidikan Pelabur di nombor 03-6204 8000 untuk keterangan lanjut.

0 comments:

Post a Comment

 
learn2bsmart ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates