My Credential

Corporate Investment Advisor for MAPAN (Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional)
Corporate Investment Advisor for Globe Departmental Store
Formerly a Remisier with HLG Securities

SmartSERIES : Resolusi Kewangan untuk 2009

Selamat Tahun Baru! Kita sekarang telah memasuki tahun 2004 dan bagi sesetengah orang, inilah masanya untuk membuat resolusi baru. Mungkin anda telah pun membuat beberapa resolusi untuk tahun 2004, tetapi jangan lupa untuk memasukkan resolusi kewangan ke dalam senarai itu. Di sini ada beberapa cadangan:

Resolusi Kewangan #1
Ketahui matlamat kewangan yang mahu dicapai tahun ini
Buat matlamat kewangan yang ringkas, padat dan jelas bagi tahun ini dan mulakan usaha ke arah mencapai matlamat itu. Misalannya, matlamat kewangan anda pada tahun ini ialah melunaskan semua hutang kad kredit. Oleh itu, mungkin anda boleh menghentikan penggunaan kad kredit dan mula membayar melebihi jumlah minimum yang dinyatakan pada penyata setiap bulan, di samping menetapkan satu tarikh yang realistik untuk menjelaskan semua baki tertunggak bagi kad-kad itu.


Resolusi Kewangan #2
Urus kewangan anda dengan bijak!
Jangan lagi membeli mengikut gerak hati atau berbelanja bagi barangan yang tidak perlu. Buat belanjawan bagi setiap benda yang anda ingin beli dan lunaskan hutang sebanyak mana yang boleh. Pastikan anda melaburkan lebihan wang secara bijak dan mula membuat tabungan untuk masa depan.


Resolusi Kewangan #3:
Ketahui tentang pelaburan anda
Tahun ini, jangan hubungi remisier atau broker saham anda untuk bertanyakan saham mana yang anda perlu beli setiap kali pasaran saham naik. Mulakan tabiat membaca prospektus syarikat, laporan tahunan dan membuat penyelidikan sebelum melabur dalam mana-mana produk pelaburan. Anda tidak lagi mendengar ramalan atau khabar angin pasaran – sebaliknya keputusan pelaburan anda diasaskan kepada pengetahuan, maklumat tepat atau nasihat profesional berlesen/berdaftar.


Resolusi Kewangan #4:
Kuatkuasakan hak anda!
Mulalah dapatkan pengetahuan mengenai apakah hak-hak anda sebagai pelabur. Setiap kali anda membeli produk pelaburan, ketahui hak-hak anda dan bagaimana untuk mendapatkan bantuan sekiranya hak anda dilanggar.


Resolusi Kewangan #5
Hadiri mesyuarat pemegang saham
Tahun ini, hadiri semua AGM (Mesyuarat Agung Tahunan)/EGM (Mesyuarat Agung Luar Biasa) yang memerlukan kehadiran atau undi anda. Di sana, tanyalah sebanyak mana soalan yang anda mahu berkenaan pelaburan anda di syarikat itu kepada kumpulan pengurusan atau pengarah. Sekiranya anda tidak dapat hadir, lantik seorang proksi atau MSWG (Badan Pengawas Pemegang Saham Minoriti) untuk bertindak bagi pihak anda. Ini bagi memastikan hak anda tidak terjejas.


Resolusi Kewangan #6
Tingkatkan pengetahuan kewangan anda
Tahun ini, pastikan anda membaca sekurang-kurangnya satu buku/majalah kewangan atau lebih kerap menghadiri kursus kewangan/pelaburan. Dapatkan jawapan bagi soalan anda mengenai pelaburan atau kewangan dengan mengemukakan pertanyaan kepada SC atau pihak-pihak berkuasa yang berkenaan.


Resolusi Kewangan #7
Didik anak anda mengenai pengurusan wang
Jangan hanya memberikan wang saku kepada anak anda tanpa menerangkan bagaimana untuk menguruskan perbelanjaan mereka dengan lebih baik. Mulakan menanam tabiat menabung dan berbelanja dengan bijak pada mereka seawal yang boleh.


Resolusi Kewangan #8
Elakkan pelaburan yang tidak wajar
Pastikan supaya, mulai tahun ini, apabila sesiapa memberitahu anda tentang peluang pelaburan yang menjamin pulangan tinggi tanpa sebarang risiko, hubungi SC atau pihak-pihak berkuasa yang berkenaan untuk memeriksa pelaburan itu dan kesahihannya. Jika anda percaya ini satu penipuan, adukan kepada SC secepat mungkin.

Diharap anda mengambil salah satu daripada resolusi yang disebutkan tadi. Walau apa pun yang anda putuskan sebagai resolusi kewangan, jangan hanya menyebutnya sahaja tetapi lakukanlah!

0 comments:

Post a Comment

 
learn2bsmart ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates