My Credential

Corporate Investment Advisor for MAPAN (Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional)
Corporate Investment Advisor for Globe Departmental Store
Formerly a Remisier with HLG Securities

SmartSERIES : Peraturan 72

SmartSERIES : Peraturan 72 – Masa untuk Menggandakan Wang …. Atau Hutang Anda?

Artikel ini memberikan cara mudah yang biasa untuk mengira berapa cepat pelaburan anda boleh berkembang. Jika anda menyimpan RM1,000 dalam simpanan tetap hari ini dan memperoleh pulangan 3% setahun, adakah anda tahu berapa lama masa diambil untuk menggandakan wang anda? Sebelum anda bergelut-gelut mencari kalkulator, biarlah diberikan jawapannya di sini iaitu 24 tahun. Bagaimana angka itu diperoleh hanya dalam masa beberapa saat? Mudah sahaja, dengan membahagikan 72 dengan tiga (kadar faedah). Ya, 24 tahun ialah masa yang diambil untuk RM1,000 berganda menjadi RM2,000 (dengan andaian tiada sebarang deposit lain dibuat dalam tempoh masa itu).

Peraturan 72
“Peraturan72” ialah cara biasa yang boleh membantu pelabur mengira masa yang diambil untuk menggandakan wang mereka, dengan satu kadar faedah atau pulangan, sekiranya pelabur itu tidak menambah lagi pelaburannya dalam tempoh masa itu. Ini dinamakan Peraturan 72 kerana pada 10%, wang itu akan berganda setiap 7.2 tahun. Walau bagaimanapun, peraturan ini hanya boleh digunakan bagi membuat anggaran sahaja.

Apa lagi yang boleh menggunakan peraturan ini?

• Untuk mencari kadar pulangan yang diperlukan untuk menggandakan portfolio pelaburan anda
Bahagikan 72 dengan jumlah tahun yang anda mahukan bagi wang anda berganda. Contohnya, jika anda mahu wang anda berganda dalam masa 10 tahun, anda memerlukan pulangan konsisten sebanyak 7.2% setahun daripada pelaburan anda.
Pengiraan: 72/X tahun = Y (% pulangan)
72/10 tahun = 7.2% pulangan

• Untuk mengetahui berapa cepat hutang-hutang anda boleh berganda, terutama dengan kadar faedah yang tinggi
Jika anda meminjam RM10,000 pada kadar faedah 12%, hutang anda mengambil masa enam tahun untuk berganda menjadi RM20,000, sekiranya anda tidak membuat sebarang bayaran. Jadi, bayarlah hutang kad kredit anda sekarang!
Pengiraan: 72/Y (kadar faedah) = X tahun
72/12 = 6 tahun



• Untuk menunjukkan kadar inflasi boleh menurunkan separuh daripada kuasa belian anda
Bagi mereka yang masih gemar menyimpan wang di bawah tilam, peraturan ini menunjukkan kepada anda bagaimana kadar inflasi boleh menyebabkan nilai wang anda boleh merosot hingga separuh. Misalnya, jika kadar inflasi dianggarkan 2%, wang anda hanya bernilai separuh daripada nilai asalnya dalam tempoh 36 tahun. Jadi, jika anda mempunyai RM1,000 hari ini, wang itu hanya bernilai RM500 dalam tempoh 36 tahun akan datang. Ini, sudah tentu, dengan andaian kadar inflasi kekal sepanjang tempoh tersebut.
Pengiraan: 72/ W (kadar inflasi)
72/2 (kadar inflasi) = 36 tahun




Antara kelemahannya
 Antara kelemahan pengiraan ini ialah ia tidak mengambil kira sebarang wang tambahan yang anda boleh atau akan laburkan dalam tempoh tersebut.
 Peraturan itu mengandaikan bahawa pelaburan anda mempunyai cukai tertunggak dan mendapat faedah kompaun.
 Peraturan ini terpakai bagi anggaran sahaja dan bukan untuk pengiraan tepat.

Peraturan 72 adalah cara cepat untuk meramalkan berapa pantas wang atau hutang anda berkembang, berapa banyak pulangan yang anda perlukan untuk memperoleh atau mencapai matlamat kewangan anda dan bagaimana kesan inflasi terhadap tabungan anda.

* Sila ambil perhatian bahawa kadar pulangan, inflasi dan kadar faedah yang disebut dalam artikel ini hanyalah sebagai contoh sahaja dan tidak dimaksudkan sebagai mewakili sebarang pelaburan tertentu atau menggambarkan sebarang pulangan terjamin dsb. Pelabur perlu ingat bahawa nilai pelaburan sebenar mungkin turun naik.

0 comments:

Post a Comment

 
learn2bsmart ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates