My Credential

Corporate Investment Advisor for MAPAN (Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional)
Corporate Investment Advisor for Globe Departmental Store
Formerly a Remisier with HLG Securities

SmartSERIES : PELABURAN SAYA, HAK SAYA

Pengenalan
Apabila anda membuat pelaburan dengan membeli stok dalam sesebuah syarikat, anda mengharapkan syarikat tersebut menyalurkan keuntungan dan memberikan anda pulangan yang baik bagi pelaburan tersebut. Walau bagaimanapun, sering kali berlaku, pelabur menyaksikan nilai pelaburan mereka mengecut melalui amalan tadbir urus korporat yang lemah oleh pemegang saham yang mengawal atau pengurus korporat. Salah laku tadbir urus korporat yang mendapat publisiti besar-besaran menyaksikan orang dalam “mencuri” aset syarikat dengan pelbagai cara, atau pengarah-pengarah yang berkali-kali gagal melaksanakan tanggungjawab fidusiari mereka untuk melindungi aset dan kepentingan syarikat serta mendorong syarikat membuat projek yang rugi.

Ini berlaku kerana banyak pemegang saham minoriti jahil terhadap hak mereka dan juga tidak menyedari bahawa mereka tertindas. Apabila menyedarinya, selalunya mereka mengambil pendekatan yang pasif dan mentah terhadap kekurangan amalan tadbir urus yang baik tersebut, dan tidak mengambil sebarang tindakan. Apabila mereka memutuskan untuk mengambil tindakan, mereka kurang pengetahuan tentang hak, pilihan dan saluran yang betul untuk meluahkan perasaan tidak puas hati. Mereka juga mungkin tidak menyedari, sehingga terlambat, bahawa terdapat tempoh masa yang ditetapkan oleh undang-undang untuk mengambil tindakan.

Kita juga acap kali melihat pelabur runcit dipujuk membeli produk pelaburan seperti derivatif yang didagangkan di bursa, atau dana unit amanah yang tidak bersesuaian dengan kehendak risiko dan objektif pelaburan mereka. Pelabur seumpama ini mungkin akhirnya akan kerugian lebih banyak wang daripada yang boleh ditanggung oleh mereka apabila nilai pelaburan mereka naik turun di pasaran. Sering kali, mereka menyalahkan nasib malang sebagai penyebab kerugian itu berlaku, kerana mereka tidak menyedari bahawa mereka mempunyai hak untuk dilindungi daripada tatalaku perantara pasaran yang tidak profesional.

Anda Mempunyai Hak

Sebagai pelabur, anda mempunyai:

(i) hak sebagai pemegang saham sesebuah syarikat; dan

(ii) hak sebagai pelanggan produk dan perkhidmatan berkualiti tinggi daripada broker saham/remisier atau broker/wakil berdaftar niaga hadapan atau syarikat pengurusan/ejen unit amanah.

Di Malaysia, hak pelabur dilindungi bawah beberapa undang-undang sedia ada, iaitu bawah Akta Syarikat 1965 (CA) Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993(SCA), Akta Perindustrian Sekuriti 1983 (SIA), Akta Niaga Hadapan 1993 (FIA), Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA) dan peraturan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), Bursa Dagangan Sekuriti dan Sebut Harga Automasi Malaysia (MESDAQ) dan Bursa Derivatif Malaysia (MDEX).

Bahagian ini bertujuan untuk memberikan panduan bagaimana anda, sebagai pelabur, boleh melaksanakan:

 hak untuk mendapatkan maklumat;
 hak untuk menyuarakan pendapat; dan
 hak untuk mengemukakan aduan.

0 comments:

Post a Comment

 
learn2bsmart ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates