My Credential

Corporate Investment Advisor for MAPAN (Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional)
Corporate Investment Advisor for Globe Departmental Store
Formerly a Remisier with HLG Securities

Membina Pelan Pencen Peribadi dan Menjadi Pelabur Bijak

PROGRAM MASYARAKAT
MEMBINA PELAN PENCEN PERIBADI
MEMANTAU PELABURAN
& MENJADI PELABUR BIJAK


program pembelajaran mengikut piawaian ”standard daripada Suruhanjaya Sukuriti” <

PRAKATA
Bila kita kata MENABUNG !
Bila kita kata MELABUR !


Persoalannya, dimanakah hendak kita simpan ?
Dimanakah hendak kita melabur ?
Apakah cara pelaburan yang selamat dan bijak ?
Manakah hendak kita dapatkan informasi pelaburan bijak ?
Cara... Bagaimana.....Dimana.... dan sebagainya...

Pelaburan merupakan satu persoalan yang universal dan harus dikupaskan kepada semua lapisan masyarakat baik muda mahupun tua. Baik yang berpendapatan tinggi mahupun rendah.

LEADER, telah merangka satu aplikasi dimana ianya berupaya untuk mengira dan memaksimakan kedudukkan kewangan masing-masing dan memberikan satu fokus dan tujuan pelaburan yang bijak. Satu cara dan jalan yang akan memastikan setiap individu tahu apa yang patut mereka lakukan dalam kehidupan mereka untuk mencapai satu tahap kebebasan kewangan didalam kehidupan mereka.

Kumpulan kami terdiri daripada para professional didalam bidang masing-masing. Diantaranya seperti:
 Remisier (dari salah satu ”broking house” yang terkenal di Malaysia
o Mempunyai pengalaman dalam pasaran SAHAM
o Boleh memberikan satu pengalaman dan tunjuk ajar yang tepat didalam kontek PASARAN SAHAM

 Unit Amanah Saham (dari salah satu unit amanah yang terkenal di Malaysia)
o Mempunyai pengalaman didalam PASARAN UNIT AMANAH
o Dapat memberikan formula bagaimana untuk melabur didalam pasaran unit amanah

 Insuran (merupakan salah seorang yang pertama dalam pembangunan sektor bumiputra didalam bidang insuran)
o Juga merupakan salah seorang ”motivator”

 Dan sebagainya...

Sekian terima kasih, dan jadikanlah menabung itu satu cara kehidupan kita.


Ahmad Najib Bin Ahmad


GARIS DASAR MENJADI PELABUR BIJAK
PELAN PENCEN PERIBADI

Keutuhan ekomoni keluarga menjana ekonomi negara
Bijak menabung, rakyat sejahtera

Suruhanjaya Sekuriti merupakan satu badan pemantau didalam pelaburan di Malaysia. Sebagai satu badan pemantau, Suruhanjaya Sekuriti juga telah meletakkan beberapa dasar dan garis dasar untuk digunakan sebagai satu cara bagaimana untuk menjadi pelabur bijak.

LEADER meletakkan garis dasar pelaburan daripada Suruhanjaya Sekuriti sebagai dasar pelaburan kami juga kami telah berjaya mengeluarkan satu aplikasi dimana ianya mengikut 100% keperluan dasar daripada Suruhanjaya Sekuriti.

Dasar dan kontek pelaburan bijak daripada Suruhanjaya Sekuriti:

1. Melabur bijak untuk semua lapisan masyarakat
a. Pelabur bijak
b. Perlukah belajar apakah itu pelaburan
c. Perlukah menjadi orang terpelajar sebelum melabur

2. Pelan perancangan pelaburan
a. Matlamat pelaburan didalam kehidupan masing-masing
b. Apakah itu perancangan kewangan diri
c. Siapakah yang patut dicari untuk mendapatkan khidmat nasihat pelaburan
d. Bagaimana cara untuk membuat pengiraan akaun diri supaya dapat menabung dengan selesa
e. Adakah pelan perancangan kewangan dapat membantu saya

3. Memantau pelaburan
a. Risiko pelaburan
b. Jenis-jenis risiko pelaburan
c. Bagaimana untuk memantau pelaburan

4. Peluang-peluang pelaburan
a. Saham
b. Unit Amanah Saham
c. Insuran
d. Dan sebagainya

5. Topik-topik berbangkit.....
APLIKASI MERANCANG PELABURAN (A – Z)

Garis dasar yang disediakan oleh Suruhanjaya Sekuriti merupakan satu cara pelaburan yang berkesan dan bijak juga bersistematik. Permasalahan terkini ialah bagaimana untuk merangkakan satu pelan rancangan juga pemantauan yang berkesan.

Syarikat-syarikat perancangan kewangan merupakan satu syarikat elit dimana untuk mendapatkan khidmat mereka, tidak semua lapisan masyarakat dapat merealisasikannya. Bayaran perkhidmatan yang mahal juga ayat-ayat pelaburan yang mungkin merupakan satu ayat asing kepada masyarakat.

Keperluan untuk merancang merupakan satu yang MESTI, tetapi untuk mendapatkannya merupakan satu permasalahan besar pada majoriti masyarakat.

LEADER telah berupaya mengeluarkan satu APLIKASI PELAN PERANCANGAN KEWANGAN PERIBADI. Ditunjukkan dalam bentuk yang paling mudah untuk difahami juga kami mengajar bagaimana untuk membaca laporan kewangan tersebut. Penilaian kewangan peribadi ini dibuat secara PERCUMA kepada setiap peserta.

Dipaparkan untuk orang ramai dalam bentuk yang mudah dan ringkas. Diajar dengan teratur mengikut langkah-langkah daripada mula hingga akhir.





Kumpulan sasaran PROGRAM MASYARAKAT
”KEMPEN MENABUNG MENJAMIN HARI TUA”

 Semua lapisan masyarakat
 Badan kerajaan mahupun swasta
 Semua lapisan umur




MENJADI SATU HASRAT KAMI, JIKA SEMUA LAPISAN UMUR DAPAT MEMPRAKTIKKAN CARA HIDUP MENABUNG INI SEBAGAI SEBAHAGIAN CARA HIDUP MEREKA

PELAN PERANCANGAN SATU





Masalah Kini
 Bersara boleh menjadi peringkat yang menyeronokkan dalam hidup seseorang, itulah sebabnya banyak orang mahu bersara awal. Ada yang merancang untuk bekerja hingga berumur 45 tahun, dan selepas itu mahu menghabiskan umur mereka dengan bersantai di pantai atau mengelilingi dunia. Untuk bersara awal, sudah pasti bergantung kepada berapa banyak wang yang berjaya dikumpulkan (sepanjang tempoh bekerja) – dan ini biasanya bergantung kepada kebijaksanaan anda merancang persediaan untuk bersara.

Keupayaan Aplikasi
 Aplikasi berupaya mengira bilakah setiap individu dapat mencapai kebebasan kewangan diri (pada umur berapa)
 Pengiraan dibuat untuk tahap pulangan tertinggi dan terendah dipasaran (Malaysia)
 Perbandingan juga dibuat untuk pelbagai pejenisan pelaburan yang lain
 Pengiraan BONUS tambahan sebelum pencen

Tujuan Aplikasi
 Mengajar peserta supaya berdisplin dalam tabungan mereka
 Mempunyai tujuan dalam pelaburan

o Dalam menabung untuk masa depan, anda perlu membuat pilihan antara berbelanja dan menabung. Sebagai contoh, jika sekarang anda berbelanja mewah, beli kereta sport yang mahal, sistem hi-fi yang canggih atau bercuti ke luar negara, mungkin tidak banyak wang yang tinggal dalam akaun bank ketika anda bersara nanti. Kecuali jika anda dapat mengumpul wang melalui pelaburan yang bijak, atau mempunyai apa-apa bentuk simpanan wajib yang lain untuk memberikan gaya hidup selesa apabila bersara.


PELAN PERANCANGAN DUA





Masalah Kini
 Ramai juga orang yang melabur didalam unit amanah saham melalui KWSP mereka, tetapi ramai lagi yang tidak mengetahui apa sebenarnya yang mereka lakukan
 Kenapa perlunya kita memaksimakan duit didalam KWSP kita
 Adakah cukup wang tabungan didalam KWSP tersebut untuk menjamin kebebasan kewangan kita nanti

Keupayaan Aplikasi
 Aplikasi berupaya untuk memberikan penjelasan yang terperinci bagaiman pelaburan ke unit amanah dilakukan daripada KWSP
 Struktur pengeluaran yang lengkap
 Perbandingan diantara pulangan yang tertinggi dan terendah dipasaran kini

Tujuan Aplikasi
 Menerangkan dengan lebih terperinci sebab dan kenapa pelaburan daripada KWSP itu dilakukan
 Orang ramai dapat melihat dengan lebih teratur dan jelas keatas pelaburan mereka









 Pengiraan Graduiti / Pencen / Golden Hand Shake Dan Sebagainya



PELAN PERANCANGAN TIGA




Masalah Kini
 Sepanjang bulan jualan “MEGA” Malaysia, seluruh negara sakan berbelanja dan anda boleh turut terikut-ikut dengan angin membeli-belah. Lagipun, diskaun sehingga 60 atau 70 peratus hanya datang sekali-sekala dan anda berbelanja tanpa terkawal walaupun ke atas barangan yang tidak perlu.
 Kini terlalu mudah memperoleh kad kredit dan keinginan berbelanja menggunakan kad sentiasa ada. Berbelanja menggunakan kad kredit selalu membuat anda berasa mempunyai lebih banyak wang daripada yang sebenarnya dan ini mendorong anda berbelanja lebih


Keupayaan Aplikasi
 Membuat pengiraan kehadapan diatas kemampuan masing-masing untuk pulangan tertinggi dan terendah dalam pasaran
 Aplikasi juga berupaya menunjukkan kelebihan ”Pulangan Terkumpul” dan kelebihannya, dimana kalau digunakan secara bijak dapat memberi menafaat yang amat berkesan.


Tujuan Aplikasi (Memberi Kesedaran)
 Jika anda seorang yang mabuk berbelanja, anda tidak keseorangan. Banyak orang yang bersusah payah cuba mengawal tabiat berbelanja mereka dan tidak tahu bagaimana hendak membatasinya.
 Ini merupakan satu masalah tetapi kita boleh mengatasinya.
 Langkah paling besar yang boleh diambil ialah menyedari diri kita mempunyai masalah tersebut dan cari jalan atau dapatkan bantuan untuk mengatasinya.





PELAN PERANCANGAN EMPAT

MARI BERBAKTI KEPADA DIRI
MASYARAKAT MENABUNG MENJANA EKONOMI NEGARA



Masalah Kini
 Banyaknya iklan daripada bank saudagar menunjukkan kelebihan menyimpan secara meminjam ini
 Rata-rata masyarakat, khasnya golongan melayu ramai yang mengambil pinjaman ASB
 Ramai yang berpendapat dengan mengambil pinjaman ASB ini mereka akan mendapat keuntungan daripada pelaburan mereka


Keupayaan Aplikasi
 Boleh mengira dalam bentuk akaun untuk mana-mana bank saudagar dan memberi perbandingan secara terus jika menabung tanpa menggunakan pinjaman


Tujuan Aplikasi
 Memberi pengetahuan kepada orang ramai, cara yang lebih baik menabung adalah dengan menabung secara terus dan bukannya secara pinjaman bank
 Memberi pelabur satu ”fokus” pelaburan yang tepat









PELAN PERANCANGAN LIMA

KEUTUHAN KELUARGA TIANG EKONOMI NEGARA



Masalah Kini
 Ramai orang inginkan anak-anak mereka mendapat pelajaran ditempat yang terbaik. Terbaik selalunya bermaksud termahal
 Adakah insuran menjadi pilihan yang terbaik ataupun unit amanah menjadi pilihan ataupun sebaginya... Persoalan ini selalunya menjadi satu topik perbualan yang tidak pernah selesai.
 Pendidikkan telah menjadi satu kemestian dan pendidikkan di universiti swasta akan hanya menjadi satu angan-angan kepada pendapatan pertengahan dan kebawah jika tidak dirancang secara lebih awal lagi

Keupayaan Aplikasi
 Aplikasi berupaya menunjukkan berapakah yang haru setiap ibubapa menyimpan untuk memberi pelajaran kepada anak mereka
 Aplikasi juga berupaya mengira jika setiap individu itu ingin membeli sesuatu yang penting didalam hidupnya dan memerlukan punca kewangan pada masa tertentu


Tujuan Aplikasi
 Memberikan kesedaran untuk orang ramai menyimpan dari awal lagi jika mahukan sesuatu yang terbaik dalam hidup mereka
 Lagi awal penabungan itu dibuat, lagi banyak yang akan diperolehi







PEMANTAUAN AKAUN PELABURAN - LACMS




Masalah Kini
 Berapakah keuntungan mahupun kerugian pelaburan saya sekarang?
 Apa yang saya laburkan?
 Jumlah, units, untung, rugi, dan sebagainya?

Keupayaan Aplikasi
 Peserta akan diajar bagaimana untuk membaca laporan akaun
 Kelebihan laporan dan cara memantau akaun masing-masing dengan cara yang berkesan

Tujuan Aplikasi
 Untuk menunjukkan kedudukkan pelaburan terkini
 Telus dan tepat
 Supaya orang ramai tahu betapa pentingnya untuk memantau akaun pelaburan masing-masing
 Memberi pengajaran secara langsung kepada peserta akan caj-caj tersembunyi yang mereka hadapi apabila membuat pelaburan mereka dan bagaimana untuk membuat pengiraan tersebut

0 comments:

Post a Comment

 
learn2bsmart ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates