My Credential

Corporate Investment Advisor for MAPAN (Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional)
Corporate Investment Advisor for Globe Departmental Store
Formerly a Remisier with HLG Securities

SmartSERIES : Menabung Sebagai Persediaan Bersara Bahagian 2

Dalam Bahagian 1 artikel ini, anda belajar cara untuk mengira pendapatan tahunan yang anda perlukan bagi perbelanjaan apabila bersara nanti dengan mengambil kira inflasi. Bahagian kedua dan akhir artikel ini pula menerangkan cara untuk mengira jumlah dana yang diperlukan dan berapa banyak tabungan yang diperlukan setiap tahun supaya dapat mencapai matlamat tabungan untuk persaraan anda.


Mengira jumlah dana yang diperlukan ketika bersara


Setelah anda memastikan pendapatan yang diperlukan selepas disesuaikan dengan inflasi, seterusnya anda perlu pula menentukan jumlah keseluruhan tabungan yang diperlukan.
Anggap bahawa kadar purata pulangan (bagi pelaburan) untuk 25 tahun seterusnya sehingga persaraan ialah 8%. Oleh itu, kadar ‘sebenar’ pulangan daripada tabungan anda (ditetapkan bahawa inflasi ialah 5%) ialah 3% (iaitu 8% tolak 5%).

Dalam contoh sebelum ini, pendapatan bersara yang disesuaikan dengan inflasi bagi Jamil ialah RM387,011 setahun (ditentukan dalam Langkah 3), jumlah tabungan yang dia perlukan dikira seperti berikut:

PVA = RM387,000 x PVIFA (25 tahun, 3%)
= R387,000 x 17.413
= RM6,738,831

PVA = Nilai kini anuiti;
PVIFA = Nilai kini faktor faedah anuiti (lihat Jadual 2).
Oleh itu, jumlah tabungan yang diperlukan apabila dia bersara, 24 tahun daripada hari ini ialah hampir RM6,738,831.



Anggaran tabungan yang tersedia ketika bersara



Langkah seterusnya ialah menganggarkan dana yang tersedia apabila anda bersara. Jumlah anggaran ini sukar untuk ditentukan dengan tepat dan bergantung kepada beberapa faktor seperti jenis aset yang anda miliki kini dan aset yang akan anda kumpulkan pada masa hadapan. Sebahagian daripada sumber dana anda termasuk simpanan Kupulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tabungan ‘wajib’ persendirian, nilai tunai insurans, dan aset kewangan seperti saham dan unit amanah, yang boleh dilupuskan. Untuk memudahkan analisis kita, anggap bahawa dalam kes Jamil, jumlah tabungan tersedia ialah RM3,000,000 (terkumpul daripada beberapa sumber) apabila dia bersara.



Mengira kekurangan (atau lebihan) tabungan ketika persaraan

Apabila jumlah dana yang diperlukan dan juga dana tersedia ketika persaraan telah ditentukan, anda boleh merancang sebarang kekurangan yang mungkin berlaku.

Jumlah tabungan yang diperlukan (daripada Langkah 4) : RM6,738,831
Jumlah tabungan tersedia (daripada Langkah 5) : RM3,000,000
Jumlah kekurangan : (RM3,738,831)



Mengira tabungan yang diperlukan untuk menutup kekurangan


Seterusnya, untuk memenuhi kekurangan ketika bersara nanti seperti yang dikenal pasti dalam langkah sebelum ini, anda perlu mengira berapa banyak yang perlu ditabung ketika anda masih bekerja.
Bagi Jamil, kita tahu bahawa:

Jumlah kekurangan : (RM3,738,831)
Bilangan tahun sebelum bersara : 24 tahun
Purata kadar pulangan : 8%

Oleh itu, jumlah yang perlu ditabung supaya dapat menutup kekurangan (iaitu bersamaan dengan anuiti), boleh dikira seperti berikut:

PMT = (RM3,738,831) / FVIFA (24 tahun, 8%)
= (RM3,738,831)/ 66.764
= RM56,000

PMT = Bayaran berkala (anuiti);
FVIFA = Faktor faedah nilai akan datang anuiti (lihat Jadual 3).

Oleh itu, dalam contoh kita, Jamil perlu menabung sejumlah RM56,000 setahun (atau secara kasar RM4,666.7 sebulan), supaya dapat mencapai sasaran untuk menutup kekurangan.

Kita telah menunjukkan di atas cara mudah untuk menentukan berapa banyak wang yang anda perlukan ketika bersara, dengan mengambil kira faktor penting seperti inflasi dan kadar pulangan dalam pelaburan anda. Proses langkah demi langkah ini dilakukan mengikut gerak hati, dan membolehkan anda menganggarkan berapa banyak yang perlu ditabung untuk membina dana persaraan. Ini membolehkan anda merancang sewajarnya untuk mencapai matlamat persaraan anda.



Ringkasan Proses Perancangan Persaraan

Langkah 1: Tentukan berapa tahun lagi sebelum anda bersara
Langkah 2: Tentukan pendapatan yang diingini selepas bersara
Langkah 3: Kira pendapatan bersara yang disesuaikan dengan inflasi
Langkah 4: Kira jumlah dana diperlukan ketika bersara
Langkah 5: Rancang dana yang tersedia ketika bersara
Langkah 6: Kira lebihan/(kekurangan) dana ketika persaraan
Langkah 7: Kira tabungan yang diperlukan untuk menutup kekurangan



Kertas kerja Perancangan Persaraan

NAMA:
UMUR: A
Pengiraan
Langkah 1: Tentukan bila anda merancang hendak bersara:
Rancangan usia untuk bersara: B
Bilangan tahun sebelum bersara: B – A = C

Langkah 2: Tentukan pendapatan yang diingini selepas bersara:
Pendapatan bulanan yang diingini (RM): D
Pendapatan tahunan (RM): D x 12 = E
Bilangan tahun pendapatan diperlukan (daripada persaraan): F

Langkah 3: Kira pendapatan bersara yang disesuaikan dengan inflasi
Anggar purata kadar inflasi (%): G%
Pendapatan yang disesuaikan dengan inflasi (RM): FV = E x FVIF (C tahun, G %)

Langkah 4: Kira dana yang diperlukan ketika bersara:
Pendapatan yang disesuaikan dengan inflasi ketika bersara (RM): FV
Kadar pulangan (%): H%
Pulangan bersih diperoleh (kurang inflasi): H – G = I%
Jumlah tabungan diperlukan ketika bersara: PVA = FV x PVIFA (F tahun, I %)

Langkah 5: Rancang tabungan tersedia ketika bersara (RM):
KWSP:
Tabungan:
Insurans (nilai tunai):
Saham/Bon/Unit amanah:
Jumlah: J

Langkah 6: Kira lebihan/(kekurangan) dana ketika bersara:
Jumlah dana diperlukan (langkah 4) (RM): PVA
Jumlah dana dirancang ketika bersara (langkah 5) (RM): J
Jumlah lebihan/(kekurangan) dana (RM): PVA – J = K

Langkah 7: Kira tabungan diperlukan untuk menutup kekurangan:
Jumlah kekurangan (RM): K
Tabungan diperlukan bagi setahun (RM): PMT = K / FVIFA (C tahun, H %)
Tabungan sebulan (RM): PMT / 12



Langkah demi langkah menggunakan Casio FC100 dan Hewlett Packard HP17BII
Casio FC100 Financial Consultant (bagi contoh Jamil)
Dalam Mode 1, Fin

Kendalian Paparan
Langkah 1 55, –, 31, = 24
Langkah 2 0.6, x, 200 000 = 120 000
Langkah 3 120 000, +/-
PV Masuk sebagai nilai terkini
24, N
5, i%
COMP, FV 387 011.99
Min, Untuk menyimpan nilai dalam ingatan
Langkah 4 Shift, AC Padam yang sebelum ini
MR, +/- Panggil semula nilai dalam ingatan
PMT Masukkan sebagai anuiti
25, N
3, i%
COMP, PV 6 739 096.99
Langkah 5 dan 6 -, 3 000 000, = 3 739 096.99
Min Menyimpan nilai baru dalam ingatan
Langkah 7 Shift, AC Padam yang sebelum ini
MR, +/- Panggil semula nilai dalam ingatan
FV Masukkan sebagai nilai akan datang
24, N
8, i%
COMP, PMT 56 004.05 (tabungan setahun)
÷, 12, = 4667.00 (tabungan sebulan)
Kiraan sekaligus bagi hari ini Shift, AC Padam yang sebelum ini
MR, +/- Panggil semula nilai dalam ingatan
FV Masukkan sebagai nilai akan datang
24, N
8, i%
COMP, PV 589 653.11


Hewlett Packard 17BII (bagi contoh Jamil)

Kekunci ditekan Paparan Penerangan
1. Pilih menu FIN Untuk memilih MENU
Pilih menu TVM
Pilih OTHER
1, P/YR Kompaun tahunan
Pilih END Kala pembayaran berakhir
2. 55, - 31, = 24 Langkah 1
N Masukkan bilangan tahun sebelum bersara
3. 0.6, X, 200 000, = 120 000 Langkah 2
+/-, PV Simpan sebagai nilai kini
5, I%YR
FV 387 011.99 Langkah 3; Kira pendapatan yang disesuaikan dengan inflasi
4. STO, 1 Simpan nilai dalam ingatan 1
Shift, Clear Data Padam yang sebelum ini
5. RCL, 1 - 387 011.99 Langkah 4: Panggil semula nilai yang disimpan dalam ingatan 1
+/-, PMT Masuk sebagai anuiti
25, N
3, I%YR
PV 6 739 096.99 Kira jumlah dana diperlukan
6. -, 3 000 000 3 739 096.99 Langkah 5 dan 6: Tolak tabungan
STO, 2 Simpan nilai baru dalam ingatan 2
Shift, Clear Data Padam yang sebelum ini
7. RCL, 2 - 3 739 096 Langkah 7: Panggil semula nilai dalam ingatan 2
+/-, FV Masukkan sebagai nilai akan datang
24, N
8, I%YR
PMT 56 004.05 Kira tabungan setahun
÷, 12, = 4667.00 Kira tabungan sebulan
8. Shift, Clear Data Untuk mengira sekaligus hari ini
Ikut langkah 7 di atas,
Pilih PV dan bukan PMT 589 653.11

0 comments:

Post a Comment

 
learn2bsmart ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates