My Credential

Corporate Investment Advisor for MAPAN (Majlis Aspirasi Pemangkin Nasional)
Corporate Investment Advisor for Globe Departmental Store
Formerly a Remisier with HLG Securities

SmartSERIES : Selangkah Ke arah Perancangan Kewangan

Apakah Perancangan Kewangan?
Perancangan kewangan yang baik menumpukan perhatian kepada lima perkara dalam pengurusan kewangan iaitu:

• Perancangan Insurans
• Perancangan Cukai
• Perancangan Selepas Bersara
• Perancangan Harta Tanah
• Perancangan Pelaburan

Sebelum mengorak langkah dalam perancangan kewangan, ada beberapa konsep asas yang perlu difahami. Anda perlu memahami kesan inflasi, konsep pempelbagaian dan pemurataan kos pelaburan.

Apakah Kesan Inflasi?
Andaikan anda mempunyai RM10,000. Di bawah ini terdapat carta menunjukkan apa yang berlaku terhadap wang RM10,000 milik anda itu, dengan kadar inflasi yang berbeza-beza antara 2-10%.

Kadar Inflasi (%) 10 tahun 15 tahun 20 tahun
2 8,203 7,430 6,370
4 6,755 5,552 4,563
6 5,583 4,172 3,118
8 4,631 3,152 2,145
10 3,855 2,394 1,486


Oleh sebab itu, jika tabungan anda tidak berkembang melalui pelaburan yang dipilih secara teliti, wang RM10,000 anda itu akan dikikis oleh inflasi, dan hanya bernilai RM4,563 selepas 20 tahun pada kadar inflasi sebanyak 4%.


Pempelbagaian

Terdapat pelbagai pilihan pelaburan seperti saham, harta tanah, bon atau sekadar menyimpan wang dalam deposit tetap di bank. Pempelbagaian bermakna tidak meletakkan semua wang anda dalam satu pelaburan sahaja tetapi melaburkannya dalam pelbagai jenis aset. Walau bagaimanapun, pempelbagaian tidak perlu jika anda dapat memilih aset yang mempunyai prestasi terbaik dalam sebarang tempoh masa, dan anda menukar portfolio anda mengikut kesesuaian

Ingatlah bahawa kemungkinan mendapat pulangan tinggi sentiasa seiring dengan kemungkinan menghadapi risiko tinggi.




Pemurataan Kos Pelaburan

Pemurataan kos pelaburan merupakan satu cara untuk membina aset anda dengan menambah pelaburan secara berkala. Ditunjukkan di sini contoh bagaimana pemurataan kos pelaburan dibuat.

Contoh Pemurataan Kos Pelaburan
Katakan anda melabur RM6,000 setahun selama lima tahun dalam unit amanah yang pada mulanya berharga RM10 seunit.

Harga unit amanah itu berubah sepanjang lima tahun tersebut, jatuh sebanyak 80% kepada RM2, dan kemudian kembali pada harga asal RM10.

Pemurataan Kos Pelaburan
Contoh bagaimana pengiraan dibuat:


Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Tahun 4 Tahun 5 Jumlah
Pelaburan RM6,000 RM6,000 RM6,000 RM6,000 RM6,000 RM30,000

Harga purata
unit dibayar RM10 RM4 RM2 RM6 RM10

Unit dibeli 600 1,500 3,000 1,000 600 6,700

Nilai ????



Nilai keseluruhan portfolio ini pada akhir tahun kelima ialah 6,700 unit x RM10 = RM67,000. Kesemuanya, anda telah melabur sebanyak RM30,000.

Kawal Kewangan
Mulai sekarang, mulalah mengawal kewangan peribadi anda dengan menyediakan belanjawan. Senaraikan semua pendapatan dan perbelanjaan anda, dan bahagikan perbelanjaan kepada yang penting dan yang tidak penting. Tetapkan matlamat jangka pendek dan jangka panjang, dan jangan lupa ganjaran untuk diri sendiri. Kawal wang anda – jangan biarkan wang anda mengawal anda. Jika perlu, dapatkan bantuan penasihat kewangan.

Apakah Gabungan Pelaburan yang Sesuai untuk Anda? Ini bergantung pada:
• Umur anda
• Berapa banyak wang yang ada untuk dilaburkan
• Apakah matlamat kewangan yang anda kejar
• Berapa lama anda boleh melabur
• Pengetahuan anda mengenai pelaburan
• Jangkaan anda

Tujuh Panduan untuk Membina Kekayaan
1. Simpan sekurang-kurangnya satu per sepuluh daripada pendapatan anda
2. Kawal perbelanjaan dan elakkan hutang tidak perlu
3. Melabur secara tetap, tanpa mengira sama ada pasaran naik atau turun.
4. Mula awal dan dapat manfaat daripada pertumbuhan kompaun.
5. Lindungi apa yang anda miliki melalui pempelbagaian pelaburan anda
6. Dapatkan nasihat profesional
7. Sediakan pelan tindakan dan patuhi pelan tersebut


Perancangan Selepas Bersara
Banyak wanita mengharapkan suami untuk menyara mereka selepas bersara tetapi 88% balu dan 65% janda bergantung kepada pencen kerajaan. Orang Malaysia kini hidup lebih lama.

 Lelaki berusia 55 tahun yang bersara sekarang dijangka hidup selama 15 tahun lagi - 25% lebih lama daripada bapanya yang bersara 25 lalu
 Lelaki berusia 80 tahun hari ini dijangka hidup selama 10 tahun lagi – sekali ganda lebih lama berbanding bapanya 25 tahun lalu
 Wanita pula hidup lebih lama
o jangkaan hayat selama 19 tahun lagi pada usia 65
o jangkaan hayat selama 12 tahun lagi pada usia 80
 Jadi, wanita berusia 65 tahun mempunyai hampir satu per tiga daripada hayatnya untuk terus menikmati kehidupan.

Oleh itu, anda memerlukan persediaan yang baik untuk mengharungi ‘zaman keemasan’ anda itu nanti. Rancang sekarang, berdisiplin apabila berbelanja, berjimat dan melabur supaya anda boleh pergi ke tanah suci dan melakukan apa sahaja yang diingini pada usia tua dan tidak bergantung kepada suami atau anak-anak dalam soal kewangan.

Simpanan KWSP – Apakah mencukupi?
Terdapat kesedaran tentang keperluan menabung melebihi apa yang tersimpan di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Caruman KWSP merosot daripada 23% kepada 21% dan kadar dividen turut jatuh daripada 8.5% kepada 5%.

Dianggarkan bahawa:

12% daripada gaji sebelum cukai selama 40 tahun = pendapatan bersara sebanyak 40% daripada gaji sebelum cukai.

Anda perlu menabung lebih banyak lagi jika:
o anda tidak menabung sebanyak 12% setiap tahun sejak anda mula bekerja
o anda kini menabung kurang daripada 12% daripada gaji anda setiap tahun selepas membuat perancangan kewangan di samping caruman KWSP
o anda merancang berhenti kerja untuk satu jangka masa yang lama
o anda memerlukan lebih 40% daripada gaji sebelum bersara anda untuk menampung gaya hidup anda selepas bersara.

Berdasarkan kadar faedah yang rendah bagi deposit tetap, anda memerlukan sekurang-kurangnya setengah juta RM bagi membolehkan anda mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM1,500. Jadi, mulakan perancangan kewangan anda sekarang jika anda masih belum berbuat demikian dan berdisiplin dalam mencapai matlamat yang anda tetapkan.



Pempelbagaian

Jangka pendek Tunai & Faedah Tetap Saham & Harta Tanah Pertumbuhan Modal

1 konservatif 80% 20%
2 sederhana 60% 40%
3 sederhana 40% 60%
4 agresif 40% 60%
5 agresif 20% 80%
6 agresif 20% 80%
7 agresif 20% 80%

jangka panjang

0 comments:

Post a Comment

 
learn2bsmart ◄Design by Pocket, BlogBulk Blogger Templates